Resipi Gulai Darat Besut, Terengganu (Ayam / Daging)
*Bahan 1*
Bawang kecil 9 ulas
Bawang putih 3 ulas
Kunyit 3 ketul kecil
Halia 1 ketul
*Bahan 2*
Cili giling
Serbuk kari ayam /daging adabi 1 paket kecil
Lengkuas 1 potong
Lengkuas 1 potong
*Bahan 3*
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Tidak perlu untuk gulai darat , tapi jika ingin rasa berempah bolehlah disediakan.
Tidak perlu untuk gulai darat , tapi jika ingin rasa berempah bolehlah disediakan.
*Bahan 4*
Daging Rusa 600g-sekilo / Ayam seekor
Pakai daging rusa or daging pelanduk baru hebat sikit dengar..
*Bahan 5*
Santan kelapa setengah biji
Asam keping 1
Bawang putih hiris 1 biji
Garam secukup rasa
Gula Melaka suku keping, org kelate panggil nise, org dungun panggil nisang
Tumbuk atau blend *bahan 1* dan campurkan dengan *bahan 2* (cili giling, orang terengganu panggil lada mesin)
Sebahagian adunan dilumurkan pada ayam atau daging rusa batang pinang ke wagyu ke untuk diperap. Jika tidak ingin kuah yang pekat, jangan kisar/blend halia, cukup dengan buat potongan. Jika ingin kuah yang pekat boleh blend sekali halia dengan lengkuas tapi pastikan kisaran adalah halus
Gulai diberi nama Gulai Darat kerana dimasak tanpa tumisan, tetapi boleh juga ditumis sebahagian barang 1. Tumis barang 1, 2 & 3, bila naik bau masukkan daging/ayam yang telah digaul/diperap dengan bahan 1 & 2 dan tambah secawan air. kalau nak empuk daging ayam pencen , rebuskan berulang kali,
Bila telah hampir kering air daging/ ayam, masukkan santan dan tambahan air secukupnya. Kacau santan supaya tidak membeku dan melimpah
Selalu kacau supaya kuah santan tidak melimpah dan membeku dan daging empuk dengan adil dan saksama.
Bila kuah sudah mendidih masukkan asam keping, gula melaka, hirisan bawang putih dan garam secukup rasa.
Kalau menggunakan ikan, pastikan ikan dimasukkan akhir sekali.
No comments:
Post a Comment
From this point onward anonymous comment will be deleted, please use your google account, or at least pun on your name and your url...
thanks for your comment