Showing posts with label RESIPI. Show all posts
Showing posts with label RESIPI. Show all posts

Monday, June 7, 2021

RESIPI ASAM PEDAS ALA ALA MELAKA FUSION

ASAM PEDAS ALA ALA MELAKA FUSION

Bahan Bahan A

Ketumbar 1 sudu
Jintan manis 1/4 sudu
Jintan putih 1/4 sudu di bahagi 2
Lada hitam 1/2 sudu

Bahan-bahan A disangai dan dikisar kering

Bahan- Bahan B

Bawang merah 6 ulas
Bawang putih 3 ulas
Halia
Kunyit hidup

Bahan-bahan B dikisar

Bahan-Bahan C

Serbuk kari ikan 1 atau 2 sudu
Daun Limau Purut 2 helai
Bunga Kantan 1 
Cili kisar (cili blend) 
Air asam jawa
Gula melaka secukup rasa

Langkah masakan

  1. Tumis bahan-bahan B yang dikisar
  2. Masukkan 1 sudu kecil bahan-bahan kisar A terlebih dahulu
  3. Masukkan serbuk kari
  4. Masukkan cili kisar , tumis semua bahan sehingga pecah minyak
  5. Masukkan air 
  6. Masukkan bunga kantan
  7. Masukkan gula melaka, garam, air asam jawa, daun limau purut
  8. Masukkan ikan

Friday, June 4, 2021

RESIPI NASI GORENG TOMYAM

Resipi Nasi Goreng Tomyam 


Bahan-Bahan


2 sudu besar pes tomyam (dlm botol)
3@4 ulas bawang putih(tumbuk)
2@3 biji bawang merah kecik(tumbuk)
3@4 cili api(tumbuk-ikut rasa)
2 batang serai hiris
3@4 helai daun limau-hiris
1/2 bawang holand -hiris 
Sayur carrot + bunga kobis (ikut suka)
Garam+gula+ajino+ (cukup rasa)
2 sudu kicap
Kicap sotong-agak2
Lauk2 (ikut suka)

Cara masak

  1. Tumis bawang, cili, & pes tomyam
  2. setelah wangi masukkan lauk, sayur, serai, daun limau
  3. Pastu masuk semua kicap, gula, garam, aji 
  4. Masukkan nasi.. kacau hingga serata
  5. letak kicap jika perlu

Sunday, May 10, 2020

RESIPI AYAM MADU MAMAK

RESIPI AYAM MADU MAMAK

Penyediaan resipi Ayam Madu Mamak adalah kesinambungan dengan resipi Nasi Arab Ayam atau Nasi Beriyani Gam Ayam kerana ia bermula dengan cara rebusan ayam yang sama untuk digunakan seterusnya sebagai Sup, di masak bersama Nasi Minyak, Nasi Arab atau Nasi Beriyani atau Di Goreng sebagai Ayam Madu.


Bahan Untuk Rebusan Ayam
  1. 4 ulas bawang merah dipotong jalur
  2. 2 biji bawang putih diketuk
  3. 1 biji tomato belah 4
  4. 1 biji cili hijau belah 4
  5. 1 batang kulit kayu manis
  6. ½ sudu jintan manis biji
  7. ½ sudu biji ketumbar
  8. ½ sudu lada hitam biji

Penyediaan Rebusan Ayam

Air dimasukkan di dalam periuk menutupi daging ayam. Pastikan sukatan air yang cukup untuk diguna sebagai sup dan juga jika ingin diguna untuk air masak nasi beriyani. Masukkan bahan bahan rebusan didalam periuk dan rebus sehingga empuk. Keluarkan ayam dari air rebusan. Air rebusan boleh digunakan untuk dibuat kuah sup



Bahan untuk perapan Ayam
  1. 3 sudu tepung goreng Adabi atau 2 sudu tepung jagung + 1 sudu tepung beras
  2. 1 sudu serbuk kunyit
  3. 1 sudu rempah kari daging
  4. 1 sudu serbuk cili
  5. 1 sudu halia yg telah di kisar
  6. 1 sudu bawang putih yang telah di kisar
  7. 1 sudu pes daun pandan
Campurkan semua bahan di dalam bekas yang sesuai. Masukkan sedikit air dan gaul sehingga sebati. Gaul ayam yg telah direbus dengan bahan perapan. Ayam digoreng sehingga keperangan.





Bahan untuk sos Ayam Madu
  1. 1 batang kulit kayu manis
  2. 1 bunga lawang
  3. 4 biji bunga cengkih
  4. 4 biji buah pelaga
  5. daun pandan
  6. 1-2 sudu serbuk cili
  7. 1 biji Tomato dikisar
  8. 1 Cawan jus oren
  9. Gula & Garam secukup rasa
  10. Madu secukup rasa
  11. 3 sudu besar marjerin / buttercup
Penyediaan Sos Ayam Madu

Bahan bahan 1 hingga 5 ditumis menggunakan marjerin sehingga naik bau kemudian dimasukkan serbuk cili. Tumis sehingga naik minyak. Masukkan tomato pes setelah sebati masukkan jus oren. Setelah kuah telah pekat sedikit mengikut citarsa masukkan madu. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng ke dalam sos, gaul sehingga rata. Sesuai dihidang bersama nasi minyak atau nasi beryani





RESIPI DAGING GORENG DARAT RAYA HAJI / KORBAN AIDILADHA PANTAI TIMUR

RESIPI DAGING GORENG DARAT RAYA KORBAN AIDILADHA PANTAI TIMUR
Ini adalah Resipi wajib semasa hari Raya Korban / Aidiladha di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Oleh kerana pada pagi Raya Korban / Aidiladha dilakukan ibadah penyembelihan binatang korban yang telah mengambil masa lama. Jadi masakan tengahharinya biasa hanya dibuat ,menu / resipi simple dan cepat menggunakan daging korban, selain menu/ resipi biasa Singgang Daging, Resipi wajib adalah Resipi Daging Goreng Darat Raya Korban / Aidiladha

Bahan Bahan

Daging dihiris nipis
Bawang Besar
Cili Besar
Air Asam Jawa
Tomato
Minyak Masak
Garam
Gula

Penyediaan

  1. Rebus daging di dalam kuali, sehingga daging empuk
  2. Bila air telah kering masukkan minyak masak, masukkan bawang besar yang melintang, cili besar dan tomato, kacau hingga serata
  3. Masukkan air asam jawa
  4.  Masukkan gula dan garam secukup rasa
Alternatif
Boleh tambah hirisan halia di langkah 2 untuk tambah rasa.

Saturday, April 4, 2020

Resipi Gulai Darat Besut Terengganu Style


Resipi Gulai Darat Besut, Terengganu (Ayam  / Daging)


 *Bahan 1* 
Bawang  kecil 9 ulas
Bawang putih 3 ulas
Kunyit 3 ketul kecil
Halia 1 ketul

 *Bahan 2* 
Cili giling
Serbuk kari ayam /daging adabi 1 paket kecil
Lengkuas 1 potong

 *Bahan 3*
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Tidak perlu untuk gulai darat , tapi jika ingin rasa berempah bolehlah disediakan.

 *Bahan  4*
Daging Rusa 600g-sekilo / Ayam seekor
Pakai daging rusa or daging pelanduk baru hebat sikit dengar..

 *Bahan 5* 
Santan kelapa setengah biji
Asam keping 1
Bawang putih hiris 1 biji
Garam secukup rasa
Gula Melaka suku keping, org kelate panggil nise, org dungun panggil nisang


Tumbuk atau blend *bahan 1* dan campurkan dengan *bahan 2*  (cili giling, orang terengganu panggil lada mesin)
Sebahagian adunan dilumurkan pada ayam atau daging rusa batang pinang ke wagyu ke untuk diperap. Jika tidak ingin kuah yang pekat, jangan kisar/blend halia, cukup dengan buat potongan. Jika ingin kuah yang pekat boleh blend sekali  halia dengan lengkuas tapi pastikan kisaran adalah halus

Gulai diberi nama Gulai Darat kerana dimasak tanpa tumisan, tetapi boleh juga ditumis sebahagian barang 1. Tumis barang 1, 2 & 3, bila naik bau masukkan daging/ayam yang telah digaul/diperap dengan bahan 1 & 2 dan tambah secawan air. kalau nak empuk daging ayam pencen , rebuskan berulang kali,

Bila telah hampir kering air daging/ ayam, masukkan santan dan tambahan air secukupnya. Kacau santan supaya tidak membeku dan melimpah

Selalu kacau supaya kuah santan tidak melimpah dan membeku dan daging empuk dengan adil dan saksama.
Bila kuah sudah mendidih masukkan asam keping, gula melaka, hirisan bawang putih dan garam secukup rasa.

Kalau menggunakan ikan, pastikan ikan dimasukkan akhir sekali.

Monday, November 4, 2019

Restoran Masakan Mak Ngah Gulai Panas di Langkawi

Restoran Masakan Mak Ngah Gulai Panas di Langkawi



D
ecoration & Look kedai makan ini mungkin tidak akan menarik minat anda yang secara kebetulan melintas dihadapan buat pertama kali..

Yesss.. ia hanya kedai kampung yg bermodal kecik mungkin.. jika Look dan Status tempat bukan sesuatu yang anda kesah... then menu kedai ini menarik dan akan pasti menepati cita rasa..

Bermacam jenis ikan yg boleh dipilih jenis dan saiz.. saiz ikan dan juga boleh juga saiz potongan untuk dimasak gulai panas.. menu utama adalah gulai panas.. susah nak describe.. tapi memang sedap..
Side menu samada dari hidangan atas meja lauk.. atau boleh buat pesanan masakan panas..
Telur dadar, + ulam + sotong goreng + udang goreng + ikan goreng  + sambal belacan
Makan dgn masi panas panas..

Harga? Berbaloi, mampu milik

Lokasi dekat sahaja dengan bandar kuah..
Jika dari kuah melalui jalan ayer hangat menghala ke pantai tanjung aru..
Selepas gunung raya golf resort.. kedai adalah disebelah kanan

Senang follow je link google maps kat bawah

Nodin: Mak Ngah Gulai Panas Kisap 112, Kisap, 07000 Langkawi, Kedah 017-581 5821

https://maps.app.goo.gl/6De23i35wR5KdVAm7


Visit Sabah dan Gunung Kinabalu Tahun Ini


Translate

TEKNIK PEMBAJAAN POKOK DURUAN

 Teknik membaja durian.   Jika baru tanam  1. lubang 2x2x2  baja cirp 100 gm  baja mgl 100 gm kokai 2-4 biji  baja organik kompos 2 kg   2. ...