Sunday, May 10, 2020

RESIPI AYAM MADU MAMAK

RESIPI AYAM MADU MAMAK

Penyediaan resipi Ayam Madu Mamak adalah kesinambungan dengan resipi Nasi Arab Ayam atau Nasi Beriyani Gam Ayam kerana ia bermula dengan cara rebusan ayam yang sama untuk digunakan seterusnya sebagai Sup, di masak bersama Nasi Minyak, Nasi Arab atau Nasi Beriyani atau Di Goreng sebagai Ayam Madu.


Bahan Untuk Rebusan Ayam
  1. 4 ulas bawang merah dipotong jalur
  2. 2 biji bawang putih diketuk
  3. 1 biji tomato belah 4
  4. 1 biji cili hijau belah 4
  5. 1 batang kulit kayu manis
  6. ½ sudu jintan manis biji
  7. ½ sudu biji ketumbar
  8. ½ sudu lada hitam biji

Penyediaan Rebusan Ayam

Air dimasukkan di dalam periuk menutupi daging ayam. Pastikan sukatan air yang cukup untuk diguna sebagai sup dan juga jika ingin diguna untuk air masak nasi beriyani. Masukkan bahan bahan rebusan didalam periuk dan rebus sehingga empuk. Keluarkan ayam dari air rebusan. Air rebusan boleh digunakan untuk dibuat kuah sup



Bahan untuk perapan Ayam
  1. 3 sudu tepung goreng Adabi atau 2 sudu tepung jagung + 1 sudu tepung beras
  2. 1 sudu serbuk kunyit
  3. 1 sudu rempah kari daging
  4. 1 sudu serbuk cili
  5. 1 sudu halia yg telah di kisar
  6. 1 sudu bawang putih yang telah di kisar
  7. 1 sudu pes daun pandan
Campurkan semua bahan di dalam bekas yang sesuai. Masukkan sedikit air dan gaul sehingga sebati. Gaul ayam yg telah direbus dengan bahan perapan. Ayam digoreng sehingga keperangan.





Bahan untuk sos Ayam Madu
  1. 1 batang kulit kayu manis
  2. 1 bunga lawang
  3. 4 biji bunga cengkih
  4. 4 biji buah pelaga
  5. daun pandan
  6. 1-2 sudu serbuk cili
  7. 1 biji Tomato dikisar
  8. 1 Cawan jus oren
  9. Gula & Garam secukup rasa
  10. Madu secukup rasa
  11. 3 sudu besar marjerin / buttercup
Penyediaan Sos Ayam Madu

Bahan bahan 1 hingga 5 ditumis menggunakan marjerin sehingga naik bau kemudian dimasukkan serbuk cili. Tumis sehingga naik minyak. Masukkan tomato pes setelah sebati masukkan jus oren. Setelah kuah telah pekat sedikit mengikut citarsa masukkan madu. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng ke dalam sos, gaul sehingga rata. Sesuai dihidang bersama nasi minyak atau nasi beryani





RESIPI DAGING GORENG DARAT RAYA HAJI / KORBAN AIDILADHA PANTAI TIMUR

RESIPI DAGING GORENG DARAT RAYA KORBAN AIDILADHA PANTAI TIMUR
Ini adalah Resipi wajib semasa hari Raya Korban / Aidiladha di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Oleh kerana pada pagi Raya Korban / Aidiladha dilakukan ibadah penyembelihan binatang korban yang telah mengambil masa lama. Jadi masakan tengahharinya biasa hanya dibuat ,menu / resipi simple dan cepat menggunakan daging korban, selain menu/ resipi biasa Singgang Daging, Resipi wajib adalah Resipi Daging Goreng Darat Raya Korban / Aidiladha

Bahan Bahan

Daging dihiris nipis
Bawang Besar
Cili Besar
Air Asam Jawa
Tomato
Minyak Masak
Garam
Gula

Penyediaan

  1. Rebus daging di dalam kuali, sehingga daging empuk
  2. Bila air telah kering masukkan minyak masak, masukkan bawang besar yang melintang, cili besar dan tomato, kacau hingga serata
  3. Masukkan air asam jawa
  4.  Masukkan gula dan garam secukup rasa
Alternatif
Boleh tambah hirisan halia di langkah 2 untuk tambah rasa.

Translate

TEKNIK PEMBAJAAN POKOK DURUAN

 Teknik membaja durian.   Jika baru tanam  1. lubang 2x2x2  baja cirp 100 gm  baja mgl 100 gm kokai 2-4 biji  baja organik kompos 2 kg   2. ...