Saturday, July 3, 2021

TEKNIK PEMBAJAAN POKOK DURUAN

 Teknik membaja durian. 

 Jika baru tanam 

1. lubang 2x2x2 
baja cirp 100 gm 
baja mgl 100 gm kokai 2-4 biji 
baja organik kompos 2 kg 

 2. Tahun 1 dan ke 2 
200 gm baja 15 15 15 atau 16 16 16 300 gm 
Baja Organik Kompos ( setiap 2 bulan sekali)

 3. Tahun 3 dan Tahun 4 
500 gm baja 16 16 16 1 kg 
baja organik 8 8 8 3 ( Setiap 2 bulan sekali)

 4. Umor 4 tahun ke atas
 1 bulan sebelum bunga 500 gm MKP buat 2 kali
selepas bunga 1 kg PN 5. 
selepas berbuah 1-2 kg CaNBor 3-5 kg baja 10 5 20 2MgO 20S B TE 3-5 kg baja organik kompos Sedang Berbuah 3ml/L Foliar Spray Ca atau Cabor 4-5 kali + racun serangga dan kulat.


Monday, June 7, 2021

RESIPI ASAM PEDAS ALA ALA MELAKA FUSION

ASAM PEDAS ALA ALA MELAKA FUSION

Bahan Bahan A

Ketumbar 1 sudu
Jintan manis 1/4 sudu
Jintan putih 1/4 sudu di bahagi 2
Lada hitam 1/2 sudu

Bahan-bahan A disangai dan dikisar kering

Bahan- Bahan B

Bawang merah 6 ulas
Bawang putih 3 ulas
Halia
Kunyit hidup

Bahan-bahan B dikisar

Bahan-Bahan C

Serbuk kari ikan 1 atau 2 sudu
Daun Limau Purut 2 helai
Bunga Kantan 1 
Cili kisar (cili blend) 
Air asam jawa
Gula melaka secukup rasa

Langkah masakan

  1. Tumis bahan-bahan B yang dikisar
  2. Masukkan 1 sudu kecil bahan-bahan kisar A terlebih dahulu
  3. Masukkan serbuk kari
  4. Masukkan cili kisar , tumis semua bahan sehingga pecah minyak
  5. Masukkan air 
  6. Masukkan bunga kantan
  7. Masukkan gula melaka, garam, air asam jawa, daun limau purut
  8. Masukkan ikan

Friday, June 4, 2021

RESIPI NASI GORENG TOMYAM

Resipi Nasi Goreng Tomyam 


Bahan-Bahan


2 sudu besar pes tomyam (dlm botol)
3@4 ulas bawang putih(tumbuk)
2@3 biji bawang merah kecik(tumbuk)
3@4 cili api(tumbuk-ikut rasa)
2 batang serai hiris
3@4 helai daun limau-hiris
1/2 bawang holand -hiris 
Sayur carrot + bunga kobis (ikut suka)
Garam+gula+ajino+ (cukup rasa)
2 sudu kicap
Kicap sotong-agak2
Lauk2 (ikut suka)

Cara masak

  1. Tumis bawang, cili, & pes tomyam
  2. setelah wangi masukkan lauk, sayur, serai, daun limau
  3. Pastu masuk semua kicap, gula, garam, aji 
  4. Masukkan nasi.. kacau hingga serata
  5. letak kicap jika perlu

Sunday, May 30, 2021

MEMBUKA AKAUN DI GOOGLE SEARCH CONSOLE SEO SEARCH ENGINE OPTIMIZATION

Google Search Console adalah SEO tools yang disediakan oleh Google untuk membolehkan analisa ke atas view / traffic yang diterima oleh sesuatu website atau blog.

Untuk membuka akaun di alamat https://search.google.com/

apa kegunaan google search console?

1. Semakan URL samada alamat website berada di dalam Index Google Search'. Website yang berada di dalam Google Index akan mendapat banyak traffic dari search engine dan website yang tidak berada di dalam google index tidak akan dipilih oleh google di dalam carian pengguna google




2. Request untuk Google crawl dan membuat indexing.

3. Mengemukakan / submit sitemap website supaya Google lebih mudah untuk index kandungan website. Sitemap adalah senarai post/content yang dibina menggunakan format tertentu yang kebiasaannaya adalah XML seperti yang boleh dibina di XML sitemap generator. Sitemap yang memenuhi dengan rules blogger boleh dibuat di website https://www.labnol.org/blogger/sitemap/  . Sitemap tersebut boleh diletakkan di Blogger setting/ Crawler & Indexing/ Enable Custom Robot.txt/ click custom robot dan paste di ruangan disediakan. Copy url link tersebut dan paste di bahagian sitemap submission di Search Console.

4. Melihat laporan traffic yang melawat website

Bagaimana untuk membuka akaun?

1. mesti mempunyai google account
3. Property adalah link blog/website anda. Jika mempunyai banyak blog/website maka banyak property boleh diwujudkan, Click add property

4.  Pilih type of property, untuk mengesahkan / verify pemilikan website. Pilih domain jika mempunyai address website domain sendiri. Pilih URL  prefix jika menggunakan Blogger atau wordpress
Click continue























5. Jika blog tersebut telah dikemaskini dengan ID Google Analytic maka verification / pengesahan akan berlaku secara automatik



BACA SETERUSNYA

Sunday, May 10, 2020

RESIPI AYAM MADU MAMAK

RESIPI AYAM MADU MAMAK

Penyediaan resipi Ayam Madu Mamak adalah kesinambungan dengan resipi Nasi Arab Ayam atau Nasi Beriyani Gam Ayam kerana ia bermula dengan cara rebusan ayam yang sama untuk digunakan seterusnya sebagai Sup, di masak bersama Nasi Minyak, Nasi Arab atau Nasi Beriyani atau Di Goreng sebagai Ayam Madu.


Bahan Untuk Rebusan Ayam
  1. 4 ulas bawang merah dipotong jalur
  2. 2 biji bawang putih diketuk
  3. 1 biji tomato belah 4
  4. 1 biji cili hijau belah 4
  5. 1 batang kulit kayu manis
  6. ½ sudu jintan manis biji
  7. ½ sudu biji ketumbar
  8. ½ sudu lada hitam biji

Penyediaan Rebusan Ayam

Air dimasukkan di dalam periuk menutupi daging ayam. Pastikan sukatan air yang cukup untuk diguna sebagai sup dan juga jika ingin diguna untuk air masak nasi beriyani. Masukkan bahan bahan rebusan didalam periuk dan rebus sehingga empuk. Keluarkan ayam dari air rebusan. Air rebusan boleh digunakan untuk dibuat kuah sup



Bahan untuk perapan Ayam
  1. 3 sudu tepung goreng Adabi atau 2 sudu tepung jagung + 1 sudu tepung beras
  2. 1 sudu serbuk kunyit
  3. 1 sudu rempah kari daging
  4. 1 sudu serbuk cili
  5. 1 sudu halia yg telah di kisar
  6. 1 sudu bawang putih yang telah di kisar
  7. 1 sudu pes daun pandan
Campurkan semua bahan di dalam bekas yang sesuai. Masukkan sedikit air dan gaul sehingga sebati. Gaul ayam yg telah direbus dengan bahan perapan. Ayam digoreng sehingga keperangan.





Bahan untuk sos Ayam Madu
  1. 1 batang kulit kayu manis
  2. 1 bunga lawang
  3. 4 biji bunga cengkih
  4. 4 biji buah pelaga
  5. daun pandan
  6. 1-2 sudu serbuk cili
  7. 1 biji Tomato dikisar
  8. 1 Cawan jus oren
  9. Gula & Garam secukup rasa
  10. Madu secukup rasa
  11. 3 sudu besar marjerin / buttercup
Penyediaan Sos Ayam Madu

Bahan bahan 1 hingga 5 ditumis menggunakan marjerin sehingga naik bau kemudian dimasukkan serbuk cili. Tumis sehingga naik minyak. Masukkan tomato pes setelah sebati masukkan jus oren. Setelah kuah telah pekat sedikit mengikut citarsa masukkan madu. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng ke dalam sos, gaul sehingga rata. Sesuai dihidang bersama nasi minyak atau nasi beryani





RESIPI DAGING GORENG DARAT RAYA HAJI / KORBAN AIDILADHA PANTAI TIMUR

RESIPI DAGING GORENG DARAT RAYA KORBAN AIDILADHA PANTAI TIMUR
Ini adalah Resipi wajib semasa hari Raya Korban / Aidiladha di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Oleh kerana pada pagi Raya Korban / Aidiladha dilakukan ibadah penyembelihan binatang korban yang telah mengambil masa lama. Jadi masakan tengahharinya biasa hanya dibuat ,menu / resipi simple dan cepat menggunakan daging korban, selain menu/ resipi biasa Singgang Daging, Resipi wajib adalah Resipi Daging Goreng Darat Raya Korban / Aidiladha

Bahan Bahan

Daging dihiris nipis
Bawang Besar
Cili Besar
Air Asam Jawa
Tomato
Minyak Masak
Garam
Gula

Penyediaan

  1. Rebus daging di dalam kuali, sehingga daging empuk
  2. Bila air telah kering masukkan minyak masak, masukkan bawang besar yang melintang, cili besar dan tomato, kacau hingga serata
  3. Masukkan air asam jawa
  4.  Masukkan gula dan garam secukup rasa
Alternatif
Boleh tambah hirisan halia di langkah 2 untuk tambah rasa.

Saturday, April 4, 2020

HOW TO EMBED GOOGLE MAPS INTO YOUR BLOG BY BLOGGER



Add related maps to your blog's post would always be good way to spice up your blog.
But how to do it? Google maps would always going through evolution that would make your skills and procedure of search engine optimization or coding before would no longer availabe for current needs. Creating html code at google maps itself would no longer allowed / provided by Google. You either has to subscribe to code generator apps or lucky to find this post and credit to this website (https://www.embedgooglemap.net) that would generate the code free for you.

Follow this steps below
it is how to embed google maps into your blogspot

1. Go to https://www.embedgooglemap.net
2.  Key in your chosen location on the google maps, then wait for its to load
3.  View setting of googlr map such as satelite view or normal road view
4.  Set the width and height of prefered frame size.
5.  Click "Get HTML Code" button
6.  Copy the Code
7.  Open your blog's post in blogspot
8.  Choose HTML compose setting
9.  Paste the code and, it is ready publish

Translate

TEKNIK PEMBAJAAN POKOK DURUAN

 Teknik membaja durian.   Jika baru tanam  1. lubang 2x2x2  baja cirp 100 gm  baja mgl 100 gm kokai 2-4 biji  baja organik kompos 2 kg   2. ...